BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 7, 2011

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

Selepas habis peperiksaan,pelajar PPKI SMKGP membuat pembetulan pada kertas soalan .Selain itu juga pelajar turut bermain permainan dalaman seperti permainan congkak,soduku ,dam aji,carrom ,uno dan











Wednesday, October 19, 2011

Majlis Konvokesyen Pendidikan Khas

Pada 19.10.2011 (Rabu) seramai 2 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Gelang Patah telah bergraduasi yang bertempat di SMK Taman Sutera. 2 orang pelajar tersebut ialah Muhamad Hafiz Bin Jamaludin dan Lua Hwee Kee.







Wednesday, September 21, 2011

1MURID 1SUKAN

PERTANDINGAN PETANQUE

Tarikh: 21 September 2011
Hari : Rabu
Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat: Padang Sekolah


Monday, September 12, 2011

Salam Ramadhan





Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti“panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud“menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai“hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.



Tuesday, July 12, 2011

MPV: Menggali Lubang Untuk Pokok Naga

Beberapa hari yang lalu, pelajar telah melakukan aktiviti menggali lubang bagi menggantikan pokok yang sedia ada.




Monday, July 4, 2011

Sedetik Bersama Mantan Pengetua


Pada 1 Julai 2011 (Jumaat) yang lalu, mantan pengetua SMKGP  iaitu Pn Hjh Nuriah Bt Jalil telah datang melawat sekolah.


Friday, July 1, 2011

Sekitar Kejohanan Balapan dan Padang

Pada 25 Jun 2011, SMK Gelang Patah telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang. Pelajar-pelajar PPKI SMK Gelang Patah telah menyertai beberapa acara yang telah diaturkan, antaranya ialah acara lari 50M (L), 50M(P) dan acara sukaneka.







Sunday, May 22, 2011

Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah

JADUAL UJIAN PENILAIAN KEMAJUAN BERASASKAN SEKOLAH 2011

TARIKH              7.45-9.45                            10.45-12.45                       
23.5.2011      BAHASA MELAYU               KEMAHIRAN HIDUP     
24.5.2011      MATEMATIK                          PENDIDIKAN SENI        
25.5.2011      BAHASA INGGERIS             S. S & PERSEKITARAN  
26.5.2011      AGAMA ISLAM/MORAL                                                  

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru...Terima Kasih Cikgu...





Kepada semua guru SMKGP dan semua guru di luar sana.....kami warga PPKI SMKGP ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU...TERIMA KASIH CIKGU...


Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi

Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku

Monday, May 2, 2011

2nd JB Agoonoree 2011

2nd JB Agoonoree 2011
Tarikh: 26-28 April 2011
Tempat: Tapak Perkhemahan Hutan Bandar Johor Bahru

Seramai 8 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini.
  1. Abdul Rasyid B Abd Rahim
  2. Muhamad Hafiz B Isharudin
  3. Muhamad Al-Shah Aliff B Umar
  4. Mohd Noraimi B Masrin
  5. Noor Athikha Bt Sulaiman
  6. Nor Farakhanah Bt Sahar
  7. Siti Norain Bt Kamis
  8. Siti Nurfateihah Bt Zainudin

Pada 26-28 April 2011 yang lalu, seramai 8 orang pelajar dari PPKI SMKGPtelah menyertai 2nd JB Agoonoree 2011.  perkhemahan ini menghimpunkan pelajar-pelajar dari Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan.

 
Sesi bergambar bersama guru pengiring

Dah siap pasang khemah sendiri

Aktiviti membuat buku skrap daripada alam semulajadi


Aktiviti Gua Angin

Meriahnya permainan ni...

Possing sebelum balik





Friday, April 22, 2011

Projek MPV (Sulaman)








Pelajar sedang menyulam

Beberapa hasil sulaman yang telah siap

Projek MPV Sulaman adalah salah satu projek yang baru dilaksanakan pada tahun ini. Seramai 7 orang pelajar terlibat dalam projek ini. Kelas Sulaman ini diadakan pada hari Isnin dan hari Jumaat sahaja.

Sunday, April 17, 2011

Kerja-kerja Menceriakan PPKI

Proses menceriakan baru bermula
Pelajar sibuk mengecat dinding bilik guru PPKI
Kerja-kerja mengecat dinding sedang bermula







Thursday, March 17, 2011

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru 2011

Kamilah JUARA

Inilah gaya seorang Olahragawan.

Merejam lembing. 

Semangat kesukanan mengatasi segalanya.

Debaran menanti keputusan.


Johan Keseluruhan.Tahniah!