BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 19, 2010

Sejarah Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Integrasi Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) telah dibuka di sekolah ini pada tahun 1998. Pada ketika itu pelajar perintis terdiri daripada 4 orang pelajar dan 1 orang guru. Ketika itu, muridnya terdiri daripada murid aliran perdana yang telah dikenalpasti melalui ujian penaksiran dan pemerhatian tingkah laku.
Pada tahun 1999, bilangan guru telah betambah kepada 2 orang  dan jumlah murid ialah 7 orang.  Kepesatan pembangunan di Gelang Patah/Nusajaya yang terletak dalam Wilayah Pembangunan Iskandar menyebabkan bilangan murid bertambah pada setiap tahun.
Pada tahun 2007, bilangan murid telah bertambah kepada 16 orang dan pihak pentadbir telah membenarkan kelas ini dibesarkan kepada 5 bay. Ini adalah bertujuan untuk memberi keselesaan kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran disamping menampung keperluan murid.

0 comments: